Monday, June 23, 2008
RAKYAT WAJIB MARAH
Rakyat WAJIB bangun, marah, keluar berdemo dan menuntut dibuka semua akaun Petronas untuk di ketahui umum. Kenapa akaun ini dijadikan rahsia? Kenapa rahsia? Apa sebab menjadi rahsia? Apa yang ingin di sorokkan?
DARI JELEBU - HISAMUDDIN RAIS
Saya telah menulis tentang bahan bakar minyak petroleum ini seawal wujudnya kolum Dot Mai saya di Malaysiakini. Saya juga telah menulis tentang perkara yang sama untuk pembaca Mandrin di akhbar Oriental Daily. Apabila saya menulis di Suara Keadilan agenda minyak ini telah beberapa kali saya garap.
Kali akhir saya menulis tentang minyak ialah apabila saya membaca niat PKR untuk menurunkan harga minyak sebagai janji pilihan raya umum ke 12. Saya memiliki pandangan yang berbeza dari hal bahan bakar minyak petrol.
Saya sedar TIDAK ramai yang memahami apa yang telah saya tulis dalam masa sepuluh tahun ini. Ada yang tidak mahu faham. Dan ada pula yang menganggap pandangan saya ini adalah pandangan seorang hippie yang anti-kereta dan anti-pembangunan.
Saya adalah penganut mazhab Peak Oil/Puncak Minyak. Puncak Minyak ini adalah satu teori yang mengajukan pandangan bahawa minyak yang mula ditemui 150 tahun dahulu kini kian habis. Pada awalnya bahan mentah ini senang memancut dan mengalir keluar. Peningkatan ilmu dan teknologi moden telah dapat pula membantu pengaliran minyak dengan banyak - sama ada dari daratan mahu pun dari perut laut.
Pancutan yang melimpah ruah dari telaga minyak ini akhirnya akan sampai ke satu tahap yang paling tinggi. Tahap tinggi ini dipanggil Puncak Minyak. Sesudah sampai ke tahap puncak ini maka pancutan minyak itu akan mula menurun. Akhirnya untuk mengeluarkan saki minyak dalam perut bumi air wajib dipancut ke dalam bumi agar dapat menolak minyak ke atas. Ini sedang berlaku di banyak telaga-telaga minyak di Saudi.
Ketika pancutan/pengaliran bahan bakar ini melimpah dengan banyak maka negara-negara yang memiliki telaga-telaga minyak itu telah menjadi negara pengeksport minyak. Negara-negara ini menjadi kaya dan telah bergabung di bawah OPEC. Apabila pengeluaran minyak susut – tidak mencecah satu juta tong sehari untuk di terima sebagai ahli OPEC - maka negara ini terpaksa meninggalkan OPEC. Ini telah berlaku kepada Indonesia.
Negara jiran kita ini bukan lagi negara pengeksport tetapi negara pengimport minyak. Susutnya pengeluaran minyak adalah tanda-tanda bahawa telaga-telaga di negara ini telah melintasi Puncak Minyak. Inilah sebahagian dari asas teori Puncak Minyak.
Data-data pengeluaran minyak dari negara-negara pengeksport telah menunjukkan semakin banyak negara-negara pengeluar minyak telah melintasi zaman Puncak Minyak – ertinya minyak dalam perut bumi negara itu semakin kurang. Malaysia sendiri dalam masa 10 tahun yang akan datang TIDAK lagi menjadi negara pengeksport bahan bakar minyak.
Jika kita faham dan mahu menerima asas teori Puncak Minyak ini maka kita perlu melakukan tindakan dan langkah-langkah yang logik dan masuk akal. Retorik politik perlu dipadamkan kerana ia bukan jawapan untuk Puncak Minyak. Kita semua wajib ‘sejuk kepala’ agar dapat dirangka strategi jangka pendek dan strategi berjangka panjang untuk menghadapi dunia tanpa minyak yang PASTI berlaku dalam hayat kita ini.
Memang betul bahawa kenaikan harga minyak yang baru berlaku ini telah menaikkan kemarahan rakyat. Kenaikan harga petrol ini sudah pasti akan membawa mudarat ekonomi. Harga barang-barang keperluan akan naik dalam masa yang terdekat. Kos belanja hidup akan meninggi, selagi gus tahap kehidupan warga akan menurun kerana pendapatan/ pencarian tidak lagi dapat menampung kos.
Memang tepat jika orang ramai bangun membantah, berdemo dan memprotes kenaikan harga minyak yang menyusahkan orang ramai. Tetapi kemarahan ini juga seharusnya berdasarkan beberapa perkara yang hakiki yang perlu di fahami oleh orang ramai.
Marah kerana minyak petrol naik harga sedang menjadi-jadi di seluruh dunia. Demonstrasi sedang merebak di merata-rata kota dalam dunia. Marah yang menyirapkan darah rakyat Malaysia ada puncanya. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tetapi harga minyak mahal. Kenapa ini berlaku? Inilah soalan yang menyirapkan darah.
Soalan – kenapa ini berlaku - menjadikan orang ramai marah. Jawabnya – semua ini adalah hasil kerenah dasar ekonomi kerajaan United Malays National Organisation. Dasar ekonomi pembaziran selama 50 tahun ini telah membuat orang ramai marah. Kemarahan ini pasti menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk berdemo.
Kemarahan awal – semenjak syarikat Petronas ditubuhkan pada tahun 1974 – kita sebagai warga negara telah TIDAK diberitahu penyataan kira-kira kewangan syarikat minyak ini. Syarikat minyak ini adalah hak milik negara. Negara itu ialah kita semua. Kita ialah rakyat. Ertinya Syarikat ini adalah hak milik kita semua. Bukan hak milik United Malays National Organisation, bukan hak milik Hassan Merican atau hak milik Mahathir Muhamad.
Sebagai warga kita berhak untuk mengetahui pendapatan, belanjawan dan pelaburan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh Petronas. Selama lebih dari 30 tahun ini duit dari Petronas telah TIDAK diketahui ke mana lesapnya.
Kemarahan kedua – Pembaziran demi pembaziran telah dilakukan selama 22 tahun oleh Mahathir Muhamad. Lihat bangunan Dayabumi – kosong. Lihat bangunan berkembar Petronas – satu darinya kosong. Lihat pula Litar F1 Sepang – kosong. Lihat pula Bangunan Konvensyen di Putera Jaya – kosong. Lihat pula agenda Monsoon Cup - kosong. Lihat pula Kampung Hadari di Kuala Terengganu – Kosong. Berbilion-bilion duit Petronas diambil untuk projek-projek gila.
Marah sahaja TIDAK cukup. Masanya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya untuk menghentikan pembaziran ini.
Rakyat WAJIB bangun, marah, keluar berdemo dan menuntut dibuka semua akaun Petronas untuk di ketahui umum. Kenapa akaun ini dijadikan rahsia? Kenapa rahsia? Apa sebab menjadi rahsia? Apa yang ingin di sorokkan?
Kemarahan ke tiga - Rakyat wajib tahu – berapa ramai pemain Filharmonik Orkestra Petronas itu rakyat Malaysia? Rakyat wajib tahu berapa belanja mengupah Mat Saleh kokak yang dalam negara mereka sendiri TIDAK ada kerja, kini datang berlagak menjadi pemuzik di Malaysia?
Kemarahan ke empat - Najib dan Razak Baginda yang mendapat komisen beli kapal selam itu duitnya datang dari mana? Apa gunanya kapal selam ini? Hendak menyelam apa? Apakah ini projek-projek ‘senjata’ ini bertujuan untuk buat duit? Bukankah ini duit dari jual minyak?
Kemarahan ke lima - Rakyat wajib diberi tahu siapa yang melantik Mahathir Muhamad menjadi penasihat Petronas? Ketika Mahathir berkuasa dahulu siapa pula penasihat Petronas? Kalau dahulu TIDAK ada penasihat kenapa sekarang perlu ada. Apakah Mahathir Muhamad yang menjaga duit Petronas? Betul kah duit Petronas telah diambil untuk membayar hutang Mirzan anak Mahathir pada tahun 1997 dahulu?
Lima kemarahan ini hanyalah kemarahan awal. Hakikatnya jika semua pembaziran ini dihentikan PASTI harga minyak dapat diturunkan.
Tetapi waspada penurunan ini hanya untuk sementara. Kerana akhirnya minyak tidak dapat tidak akan naik juga harganya kerana bahan bakar petrol semakin kurang ditemui. Jadi tuntutan kita untuk menurunkan harga minyak hari ini wajib dibaca sebagai strategi jangka pendek untuk membeli masa.
Membeli masa bertujuan agar kita dapat melakar strategi berjangka panjang. Satu dasar baru untuk melahirkan satu struktur ekonomi baru yang dapat mengubah seluruh cara hidup kita semua. Strategi ini memerlukan perbincangan yang mendalam. Memerlukan pandangan dari semua sektor ekonomi. Strategi ini TIDAK memerlukan retorik politik tetapi daya fikir untuk melihat bukan 10 atau 20 tahun tetapi untuk melihat 1000 tahun tamadun manusia yang akan datang.
Jadi – masa nya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya. Turun ini bukan sahaja untuk mengubah harga minyak tetapi untuk mengubah keyakinan diri kita bahawa akhirnya kerajaan ini adalah milik rakyat. Hanya kerajaan berpaksikan kepentingan rakyat dan BUKAN kerajaan berpaksikan untung yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai hari ini.
Friday, June 13, 2008
HEBAHAN
Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat - Bahagian Setiawangsa dijemput hadir beramai ramai untuk beramah mesra dan berkenalan dengan pemimpin anda :
Bertempat di: Markas Setiawangsa (Atas Restoren Juma- Setiawangsa Business Park)
Waktu: 11 pagi
Hari : Sabtu 12 June 2008
Semua ahli dijemput hadir ... kita jumpa disana
KULIAH MUSLIMAH
| | |
| MAWARSARI, Kuliah mingguan pada setiap hari Sabtu di surau Al-Wardah Mawarsari tentunya dinanti-nanti oleh orang ramai sudah dua minggu tidak mendengar kupasan disampaikan dari para ustaz yang bertauliah.
Hari: Sabtu Waktu: 3.00 petang Bertempat: Surau Al-Wardah, Pangsapuri Mawarsari Ceramah: Ustaz Yunus |
Wednesday, June 11, 2008
SEKITAR HIMPUNAN RAKYAT
Himpunan Rakyat Negeri Selangor ”Menuju Harapan Baru“

nampaknyer ramai yang sudah berpaling arah ... they need a new air ... mmmm... UMNO perlu buat sesuatu jika tidak mereka akan jadi dinosour ... rakyat nampaknya sudah hilang kepercayaan.... biar tiada wang tapi kalau orang dah tak ada kepercayaan ... payah lah.
Saturday, June 7, 2008
AYUH WARGA SETIAWANGSA
Himpunan Rakyat Negeri Selangor ”Menuju Harapan Baru“
Lokasi: Padang Bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang
Waktu: 9 Malam
Tarikh: 8 Jun 2008 (Ahad)
Permit: LULUS
ISU-ISU: 1) Kenaikan Harga Minyak, RM 2.70!!!! Seliter
2) Kerajaan PAKATAN RAKYAT
Penceramah:
YB Saari Sungip (ADUN Hulu Kelang)
YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak/ADUN Bukit Antarabangsa)
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)
Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat)
Hubungi: Razali 016-2611389
Nota dari Wantiasetiawangsa:
Sebagai rakyat kita perlu berfikiran terbuka, tidak kira mana parti yang dijunjung kita perlu mendengar dan melihat semua keadaan kemudian barulah kita pertimbangakan segalanya pro and con .... Wanita Setiawangsa sentiasa beranggapan bahawa kita perlu menjadi rakyat yang celik politik dan berilmu untuk kita menghadapi masa depan yang lebih mencabar.
Friday, June 6, 2008
KENAIKAN HARGA MINYAK
Kunci yang sangat penting untuk mengawal inflasi adalah mengubah cara hidup. Kita terpaksa mengikut keadaan untuk hidup, setiap makhluk perlu mengikut perubahaan jika tidak kita akan mati .. lihat contoh manusia Eksimo nun dikutub Utara walaupun tiada apa kecuali salji mereka tetap hidup. Rumah yang diperbuat dari bata ice tetap panas dan selesa. Masih punya ikan yang segar untuk hidangan setiap malam walaupun ice tebal beratus meter. Inikan kita manusia moden yang berilmu hidup ditanah yang bertuah.
Antara perubahan yang perlu dilakukan untuk hidup adalah
a) guna seberapa boleh pengangkutan awam, jika ditempat anda tidak mempunyai jaringan yang baik beli motorsikal sebagai alternative... kereta hanya digunakan pada hari minggu untuk aktiviti kekeluargaan.
b) beli rumah dekat dengan pejabat / sekolah
c) beli basikal untuk anak yang bersekolah anda sudah jimat tambang bas sekolah mereka...
d) sediakan bekalan untuk anak anak disekolah
e) kalau rumah dekat dng pejabat berbasikal atau berjalan kaki ... sihat dan jimat
f) berjalan kaki untuk membeli, kerumah rakan ... kita masa sekolah dulu jalan kaki .. best apa ...
g) bawa bekal ke office
e) masak dirumah ... jimat dan bersih ... boleh makan di luar tapi sebulan sekali
f) beli product tempatan ketika membeli belah.
g) beli benda yang perlu sahaja
h) recycle ... save the world save the nature !!!!
i) jangan guna air con .. guna kipas
j) jimat kan api dan air - membasir adalah amalan iblis
anda punya cadangan yang boleh dikongsi bersama?
Thursday, June 5, 2008
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
ZURIDAH KAMARUDDIN
No 20, Jalan 4C, Ampang Jaya, 68000, Ampang, Selangor.
03-42510106
Pn Salmah / Cik Haslina
http://P99ampang.com
P: BATU
CHUAH TIAN CHANG
1090-1 Jalan Sentul, 5100 Kuala Lumur
03-4044 0063 03-4044 1063
http:// tianchuah.net/entianchua@gmail.com
P: WANGSA MAJU
WEE CHOO KEONG
21-1, Jalan Wangsa metroview, Seksyen ,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
03-4143 3322
P: LEMBAH PANTAI
Nurul Izzah Anwar
Zon Pantai: Md Zaman - 012-2381642
Zon Petaling: Sharma - 017-6101931
Zon Bangsar: Ali Ghazali - 016-2094200
Zon Sentosa: Amin - 016-2844446
http://nurulizzah.com, nurianwar@gmail.com
P:BANDAR TUN RAZAK
Abdul Khalid Ibrahim
No.38-a, Jalan 10/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
03-9172 1200, 03-9172 4200, 03-9171 9200
P: KEPONG
Dr Tan Seng Giaw
3474-A, jln Besar Jinjang Utara 52000 kuala Lumpur
03-62515531 03-62515531
http://tansenggiaw.blogspot, comsenggiaw@gmail.com
P:SEGAMBUT
LIM LIP ENG
Segambut Service Centre22a 1st Floor
Jalan 1/42 Taman City Off Jalan Kuching 51200 Kuala Lumpur
012-2898649, 03-62534998
http://limlipeng.blogspot.com, dapsegambut@gmail.com
P:TITIWANGSA
Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali
No 10 Jalan Raja Muda Kampong Baru 50300 Kuala Lumpur
03-2698 0025 03-2698 0026
http://docpearl.blogspot.com, yb.drlolo@gmail.com
P:BUKIT BINTANG
FONG KUI LUN
20-A Lorong Brunei 2 Off Jalan Pudu 55100 Kuala Lumpur
03-21412762 03-2144 9440
http://fongkuilun.blogspot.com, vannerce@gmail.com
P:SEPUTEH
Teresa Kok Suh Sim
No. 28-3A, 4th Floor Sri Desa Enterpreneurs Park Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7983 6768 03-7983 7576
http:teresakok.com, seputeh@pd.jaring.my
P:CHERAS
TAN KOK WAI
532-A Bt 3 1/2 Jalan Cheras 56100 Kuala Lumpur
03-92857532 03-9283 0388
cherasdap@gmail.com
SAVE KUALA LUMPUR II
GREEN LUNG HAVOC AND SIR, AFTER FEDERAL HILL, DOES BANGSAR GO TOO?
THE only remaining green lung in Bangsar is slotted for development. But not if the residents of Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, have any say in it.
The Malay Mail
Residents are up in arms against a proposed high-rise luxury condominium project by Bandar Raya Developments Berhad.
The developer has announced it will be putting up eight blocks of 212 luxury condominium units and multi-level car park.
Of the eight blocks, two blocks will be 28-storeys high and the rest 11 and six storeys.
A City Hall notice on the project had stated that the project would increase the density in the area from 30 people per acre to 175 people per acre —an increase of 500 per cent.
This has caused residents in the Medang Serai area, including those living in townhouses, Tivoli Villa and Bangsar Puteri, to see red as they claimed that the proposed development would not only destroy their only patch of green lung but also cause massive congestion in an already congested area.
“The dust and noise will be a health hazard to the residents and there is no logic in increasing the density by 500 per cent,” said Medang Serai Residents Action Committee pro-tem president Tunku Zurie Tunku Izham.
She said residents were also shocked that the project was being promoted and advertised in a newsletter and on its website although City Hall claimed that it had not issued any development order.
“It smacks of arrogance on the developer’s part to promote the project when no approval has been granted,” said another resident, who had been living in the area for more than 20 years.
However, Gunasegaran Naidu, deputy-director of Monitoring and Enforcement (National Housing Development) in an e-mail to a resident representative, who had lodged a complaint with the Housing and Local Government Ministry, said the brochure did not advertise any sale.
“It was an announcement that BRDB will be launching a con- dominium project in the area.
Neither was it an exercise to register prospective buyers,” s a id Na idu .
The residents had also organised a signature campaign and sent a petition to, among others, the mayor, the director-general of City Hall, the Lembah Pantai member of parliament and the Federal Territories Minister.
Residents had also put forward their concerns at a hearing called by City Hall but to date, the anxious residents have not been told of the outcome.
“We urge the authorities not to approve the project. A massive high-rise project such as the one being proposed is not suitable as
the Medang Serai area is made up of mostly low-rise houses and apartments.
“With the current flash floods that we have been experiencing in Kuala Lumpur, we should not be cutting down more trees,” said Tunku Zurie.
Environmental experts have also pointed out that sacrificing forests for high-rise buildings negate efforts to promote tree planting in cities.
Many have pointed out that it is a paradox for City Hall to spend millions on tree planting while at the same time, projects were be- ing approved which destroyed the greenery.
Late last year, Datuk Bandar Datuk Ab Hakim Borhan had stated that City Hall was spending an additional RM5 million on tree planting in the city.
Another RM94 million has been allocated in this year’s budget for the building of recreational parks and green a re a s.
In 1980, City Hall had admitted that there was only 0.2ha of green open space available per 1,000 persons —which, even at that time, was considered insufficient.
“If so, why does City Hall con- tinue to approve projects at the expense of the remaining urban forests?” asked a resident, who said that the pressure from urban living requires the community to seek relief and the urban forests are a fine example of providing a soothing atmosphere.
SAVE KUALA LUMPUR
Dear Kuala Lumpurians,
I have been informed that there will be a second meeting for the Coalition to discuss the strategy of overcoming the abomination that is the Kuala Lumpur Draft Plan. Please please, all Residents Associations and concerned citizens attend this meeting!
It will be at:-
Location: Bangsar Sports Complex
Time: 8.30pm
Date: 4th June Wednesday
I hope as many RAs will be able to make it. And raise more awareness about the KL Draft Plan and how it will ruin our wonderful City.
How the Plan Effects You.
- The Plan is designed to fit another 600,000 persons into the already congested, at the point of bursting city of Kuala Lumpur.
- DBKL’s brilliant so-called town planners have decided this is possible by a few ways:-
-Increasing the population density in every area possible.
-Reducing even further what little green areas we have left in Kuala Lumpur. London has 4hectars of green open space for everything 1000 citizens. Malaysian law decrees we should have at least 2ha. Kuala Lumpur CURRENTLY has 0.68ha. The KL Draft Plan will reduce this to less than 0.35ha and that 0.35ha includes PRIVATE LAND that landowners do not build on. IE in reality DBKL will want to practically eliminate their responsibility in providing green lung for the city.
- Why we do not have the infrastructure to accomodate more persons:-
1. inadequate public transport
2. lack of space
3. lack of proper road planning
4. lack of proper town planning
5. lack of an accountable city hall to actually ensure Kuala Lumpur can grow sustainably
I hope that many can make it tonight! This concerns all of us!



