Wednesday, August 27, 2008


Hujan sepanjang hari dari pagi hingga ke petang
setiap saat terasa lamanya bagi tidak ada penghujung
jam ditangan bergerak keangka enam
berbunyi telephone bimbit, suara dicorong teriak gembira
penanti berpihak ditangan anwar

kota lumpur dilanda garuda
jalan raya tak punya kereta
jam 8 mengadap berita
berita yang dinanti tak kunjung tiba

sms mula masuk bertanya kan khabar
entah menang entahkan kalah
keputusan akhirnya ketahui jua
kemenangan telah diraih bersama

SMS masuk tanda ceria
tertera didepan kekaca
"salam. Syabas dan Tahniah! Semoga allah memberi ganjaran kepada semua diatas pengorbanan dan kesetiaan dlm perjuangan. Bersama kita membwa perubahaan...Ameen - YB Zuridah P99 ampang...

malam ini tidur ku lena
berlagukan hujan
bermimpikan tuhan...

www.lelasari.blogspot.com

TAHNIAH - PERMATANG PAUH

SALAM
SYABAS
TAHNIAH !

SEMOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN KEPADA SEMUA DIATAS PENGORBANANDAN KESETIAAN PERJUANGAN

BERSAMA SAMA KITA MEMBAWA PERUBAHAAN

AMEEN

YB ZURIDAH
P99 AMPANG

Sunday, August 24, 2008

Tool in Permatang Pauh Campaign

::Chong Wei is being used as a tool in Permatang Pauh campaign



cuma gangsa tapi dapat pencen?? pancing undi untuk warga cina??? siapa yang melebihkan cina sebenarnya?? mengapa misbun tidak di beri pencen dan gelaran datuk?

:: DID PAK LAH CARE ???

Did he really care or just for the sake of permatang pauh???

:: MINYAK TURUN 15sEN

Penurunan Harga Minyak Tiada Kena Mengena Dengan Permatang Pauh... ya ke??

Sunday, August 17, 2008

PERMATANG PAUH: AKSI PUAK PUAK BN

Ini lah aksi mereka yang membuat kan penyokong penyokong BA jadi marah di penamaan calon di permatang pauh ... terbukit orang bn pakar meliwat ... sampai aksi ini tidak malu di buat di ribuaan penyokong ... dan mereka boleh tersenyum kesukaan ... mungkin budaya ini adalah kebiasaan bagi orang orang bn ...

yang best nyer bila mereka buat begini ... penyokong BA terus berselawat beramai ramai ... sampai polis pun respect kat kami ... last last pihak polis pi kat mereka dan mereka di nasihati agar memberhentikan perbuataan mereka ... kalau penyokong BA buat macam nie mesti satu dunia dah tahu cerita kan...

PENAMAAN CALON DI PERMATANG PAUH

Memanglah pemberitaan TV3 tidak ada integriti sebagai agensi berita TV. Gambaran yang dipaparkan menyembunyikan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku di lokasi penamaan calon tadi.

kebenaraan yang cuba disembunyikan...inilah saja penyokong bn.

lautan manusia yang inginkan keadilan, demokrasi dan refomasi di malaysia ...

SEKITAR PERMATANG PAUH 16.08.08

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDONGKONG KEADILAN DAN REFOMASI ... SEMOGA SINAR DEMOKRSAI AKAN SUBUR DIBUMI MALAYSIA ...

6.30 pagi - penyokong sudah mula memenuhi jalan menuju ke tempat penamaan calon

hanya mereka yang berada di penamaan calon anwar ibrahim akan mengerti harga demokrasi dan reformasi ... hari ini adalah "histroy in making".. sejarah yang akan tertulis di segala kitab dan lipatan buku politik ... suara rakyat bergema dengan laungan refomasi ... rakyat datang dari segenap pelusuk tanah air dengan begitu matang sekali .. tidak kira kaum dan ugama kami bersatu ingin kan malaysia yang kami cintai ini untuk menghirup harga demokrasi yang sebenar... syabas kepada rakyat malaysia dan warga permatang pauh yang sungguh matang dalam mengembalikan proses demokrasi yang lebih murni.

Saturday, August 9, 2008

HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA


Tarikh: 30 Ogos 2008
Hari : Sabtu
Waktu: 3.00 ptg - 6.00 ptg
Bertempat: Dewan Sivik, MBPJ , Petaling Jaya
Anjuran: Wanita KeADILan & Wirda

Monday, August 4, 2008

PADANG REGAS

Meriah itu yang dapat diungkapkan saya semasa turut mengiringi Puan Zuraida dan Datuk Seri Wan Azizah yang lebih selesa di panggil Kak Wan. Penyokong memberikan sokongan yang begitu padu semasa majlis di adakan. Menurut Ketua Bahagian Padang Rengas Ahli Jawatankuasa telah menyiapkan persiapan majlis dari petang semalam dan ia diadakan secara gotong royong. Memang tidak di jangkakan yang sambutan dari warga Kuala Kangsar khususnya Padang Rengas begitu meriah kerana persiapan dan semuanya di lakukan pada saat-saat akhir.

Di dalam siri jelajah ini Kak Wan ( Presiden PKR ) bersama Kak Zu ( Ketua Wanita ) telah merasmikan Pejabat Wanita Bahagian Padang Rengas. Di dalam program ini juga sedikit sumbangan dari WIRDA ( Pusat Penyelidikan serta Pembangunan Wanita ) memberi sedikit sumbangan keperluan untuk meringankan beban yang ditanggung masyarakat luar bandar. Kita tidak seharusnya melupakan masyarakat diluar bandar seolah-olah wujud jurang sperti ada tembok antara masyarakat bandar dan luar bandar. Sudahlah duduk di pinggir bandar di pinggirkan pula.

Kita harus bersikap adil dan bukan hanya menumpukan terhadap suatu tempat sahaja seolah-olah masyarakat luar tidak begitu penting terhadap kerajaan. Ingin mereka juga banyak sumbangan kepada negara. Industri luar bandar namun Infrastruktur tidak lengkap dan kemudahan kurang membantutkan usaha mereka. Masyarakat luar diabaikan kepentingan mereka. Kerana mereka yakin masyarakat luar tidak berani serta tidak pandai bersuara. Namun saya tidak akan membiarkan ini terus berlaku saya akan memperjuangkan hak kita sebagai rakyat tak kira di mana atau apa sekalipun latar belakang kita. Tegas Puan Zuraida.
Katanya lagi sebagai kerajaan kita tidak seharusnya perlu mengira parti. Itu tanggung jawab kerajaan. Seolah-olah berada di dua negara yang berbeza. Tidak boleh kah subsidi yang di katakan kerajaan dibelanjakan sedikit untuk mereka ini ? Bukan hanya pandai membuat pelaburan ( Insentif ) yang kebanyakkannya rugi untuk anak-anak syarikat mereka. Kata Kak Zu sejurus menyampaikan bantuan bagi meringankan beban kepada anak yatim, ibu tunggal, warga emas, warga kurang upaya serta orang asli.

Jelajah ini adalah cara untuk menerangkan kepada rakyat yang telah di kelirukan oleh media yang sering memutarbelitkan berita dan isu ( Utusan, Tv1, Tv2, Tv3 ). Tidak bersikap keterbukaan tiada ketelusan di dalam penerbitan. Dikawal disekat kebebasan kerana mereka akur dengan kekuasaan kerajaan. Mana suara-suara yang melaungkan Malaysia negara berdemokrasi yang di banga-bangakan di luar negara ?


Menurut ucapan Kak Wan Malaysia seolah-olah ingin mengulangi sejarah. Sejarah kesultanan melayu zaman dahalu. Contohnya sejara kes Singapura dilangar todak. Individu yang bijak menangani masalah tersebut telah di bunuh atas sebab takut individu terbabit mengancam institusi kerajaan. Begitu juga lah kes Anwar menurut ucapan kak Wan. Anwar ingin di jatuhkan, di kecam untuk di bunuh semata-mata untuk mempertahankan kuasa pentadbiran kerajaan.

Kak wan juga mengupas isu mengenai sabri chik ( Menteri Penerangan ) hanya gah pada pangkat menjawab persoalan sewaktu berdebat seolah-olah serangan peribadi semata-mata. Tidak banyak mengaitkan fakta serta jawapan penyelesaian terhadap isu kenaikan minyak dan cara mengatasinya. Kerajaan seolah-lah tiada inisiatif untuk menangani masalah tersebut. Jika ini lah yang di katakan sebahagian keluarga besar Institusi Pengajian tinggi maka hancurlah institusi pendidikan negara ini. Patutlah kualiti Siswa serta Siswi kita semakin merosot dan tahap Instutusi Pendidikan kita di tahap yang rendah.

Kak Wan juga mempersoalkan belanjawan tambahan 1 yang diluluskan atas alasan untuk meringankan beban rakyat. Jika benar lah untuk meringankan beban rakyat tidak boleh ka ambil sikit untuk menampung kos kenaikan harga minyak. kata nak bantu rakyat. Nak bagi subsidi. Buat apa nak buat dua tiga kalai kerja ? Bagi subsidi minyak. Kalau bagi subsidi wang rebet sekalipun boleh ka nak turunkan beban rakyat dengan kenaikan harga barang ? Kata kerajaan kita sudah ada subsidi untuk rakyat. Tak nampak pun ? Duit renew road tax di pejabat pos ka ? Habis macam mana kalau depa yang tak da kenderaan ?

Dalam ucapan tersebut beliau juga ada mengupas sikit mengenai isu Anwar. Beliau dengan muka yang tenang dan sentiasa senyum untuk tidak mengecewakan rakyat menjawab beliau amat kecewa dengan sikap pihak polois yang tidak adil dalam melaksanakan tugas serta tida profesional serta kuat menipu. Belia berkata pegawai tersebut berjanji akan melepaskan Anwar sebelum malam namun bil sudah menjelang malam Di katakan pula hanya keberangkalian. Sewaktu Kak Wan ingin melawat suaminya Kak Wan seolah-olah di layan seperti penjenayah. saya bukan bawa apa pun cuma berus gigi, ubat gigi dan beberapa helai selimut sebab mereka suruh Anwar tidur di dalam lokap[ beralaskan simen dan beliau mengadu kepada Kak Wan beliau sakit pinggan dan meminta untuk di bawakan selimut. Kak wan juga membawa beberapa helai kain pelekat untuk memudahkan Anwar untuk solat kerana khuatir pakaiannya kotor. Namun tidak di beri pihak polis.

Beliau juga ada menceritakan sewaktu sebelum Anwar di tangkap Kak Wan ada di Parlimen untuk mengadiri persidangan dengan lantang bersuara Y.B Khairi Jamaluddin M.P Rembau mempertikaikan perdebatan serta jawapan mengenai debat ” Hari ini bentuk kerajaan, esok turun minyak” Khairi mempertikaikan ulasan Anwar dan kata beliau jika berani masuk lah kes Saiful bagi darah. Kak Wan terkejut seolah-olah Khairi telah membaca laporan itu. Macam mana Khairi boleh tahu sedangakan pihak polis tidak mengeluarkan laporan tersebut. Dakwa pihak polis laporan itu sulit. Namun peguam Anwar S.Sivarasa tidak berpuas hati dan ingin pihak polis untuk membacakan laporan tersebut namun Polis tersebut menajawab ” Nanti saya tanya kepada pihak atasan.” Ini menunjukkan bahawa kes ini tidak di adili dengan prosedur yang sewajarnya dan membabitkan campur tangan politik. Bagaiman saya dan Anwar mahu percaya kepada mereka dan memberikan DNA kepadanya. Cukuplah sekali Penderitaan serta kekejaman yang dilakukan terhadap Anwar atas perbuatan fitnah orang lain


dipetik : http://www.suarakeadilan.com/sk/dari-blog-pemimpin/2008/07/1184

Wan Azizah Ibarat Ibu Kartini

Dato’ Seri Wan Azizah ibarat Ibu Kartini di Indonesia. Dari zaman antara 30 hingga 40 an. Ibu kartini membuka jalan untuk kaum-kaum wanita khususunya ibu-ibu untuk memartabatkan serta meningkatkan taraf kaum wanita.

Dato’ Seri Wan Azizah yang berjuang hampir 10 tahun merupakan contoh serta teladan bagi kita. Perjuangan beliau yang tidak berbelah bahagi di dalam mempertabatkan serta memperjuangkan hak wanita dari dulu hingga kini.

Dari penubuhan Parti keADILan yang tidak di kenali sehinggalah hari ini yang menjadi bualan di dunia. Inilah hasil perjuangannya. Beliau yang merupakan seorang doktor mata yang lemah namun berjuang untuk mendapatkan keADILan bagi seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran.

Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala –nyala antara melayu, Cina dan India atas sebab itulah beliau berjuang dan sanggup menghadapi saat-saat getir dalam perjuangan.

Beliau yang memegang kerusi keADILan ternyata menjalankan amanah dengan sebaik yang mungkin. Dengan kejayaan yang di perolehi serta pencapaian yang dikecapi ternyata beliau merupakan wanita yang tidak boleh di tandingi.

Beliau merupakan ketua pembangkang pertama yang terdiri dari wanita. Inilah kejayaan yang paling membanggakan kita sebagai kaum wanita. Inilah perubahan senario politik yang beliau lakukan.

Dengan kejayaan kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal berturut-turut dengan majoriti 13,388 ribu undi pada PRU-12 ternyata kepercayaan yang diberikan oleh penduduk Permatang Pauh tidak berbelah bahagi sehinggakan ada yang menangis sewaktu beliau ingin mengudurkan diri untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri bertanding di pilihan raya kecil tidak berapa lama lagi.

Inilah pengorbanan seorang pemimipin kepada bakal pemimpin untuk merubah kerajaan yang adil dan bersih.

Kami dari wanita keADILan mengucapkan setinggi-tinggi kalung penghargaan di atas pencapain yang dikecapi.

Terasa sedih di hati, di kenang kembali saat bersama dengan senyum dan tawanya serta keramahan beliau sewaktu di Parlimen sudah tidak kelihatan lagi. Namun kami sedar ini merupakan pengorbanan seorang pejuang untuk rakyat Malaysia.

Walau apa kemungkinan yang akan berlaku kami akan terus berada di belakang Dato’ Seri Wan Azizah. Kami berbangga di atas segala pengorbanan Dato’ Seri Wan Azizah dari zaman kegelapan 1998 sehingga zaman kegemilangan 2008.

Di harap pengorbanan yang di lakukan beliau dengan memberi laluan kepada bakal Perdana Menteri negara ini, banyak lagi perubahan serta kerjayaan dan laluan bagi kaum wanita khususnya dalam memperjuangkan hak serta kepentingan wanita.

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita keADILan