Sunday, July 27, 2008

WAN AZIZAH DI PADANG RENGAS, PERAK

Dr Wan Azizah bersama Zuridah (Ketua Bahagian Setiwangsa, MP Ampang)

Dato Seri begitu semangat menceritakan prihal suami beliau

Dr Sivarajah, MP Sungai Siput

memberi sedikit sumbangan kepada fakir miskin di sekitar Padang Rengas.

Sabtu, 27th July. Dato Seri Wan Azizah, President PKR telah merasmikan Bilik Gerakan Wantia Padang Regas di Kuala Kangsar Perak. Beliau yang lebih gemar di panggil Kak Wan telah berucap dan menceritakan hal yang sebenarnya bagaimana suaminya ditangkap. Wakil Rakyat kawasan Sg Siput, Dr Sivaraja yang telah mengalahkan Samy Vellu juga hadir dan berucap mengenai kemiskinan rakyat india di sungai siput. Wakil Parlimen Ampang, Pn Zuridah selaku Ketua Wanita Pusat juga hadir. Kami Wanita Setiawangsa juga turun padang dengan membuat lawatan balas bagi memberi sokongan moral kepada wanita wanita di Padang Regas Perak.

Semoga wanita wanita diseluruh negara akan kuat dan bersatu untuk membawar sinar keadilan yang lebih gemilang.

Thursday, July 24, 2008

http://langitmalam.blogdrive.com/

fikir-fikirkan ...
Orang Melayu, sebagaimana biasa, susah berorganisasi. Bukannya fokus pada ikhtiar untuk mencapai tujuan dan memenangkan persaingan tetapi sebaliknya mereka gemar sekali berpolitik sesama mereka sendiri. Tidak terima jika diperbetulkan dan jarang ada yang mahu menilai diri sendiri. Di antara mereka selalu sahaja berbeza pendapat dan mereka gembira dengan pertengkaran yang tidak membina. Tidak mengapa tujuan tidak tercapai asal tidak jatuh nama dalam perdebatan. Dan selalu terjadi suatu gejala yang paling umum iaitu : yang paling bodoh dan paling tidak berpendidikan adalah paling lantang dan paling pintar kalau berbicara. Jika orang Melayu membentuk sebuah pasukan maka setiap orang ingin menjadi pemimpin. Akhirnya pasukan yang mantap tidak pernah terbentuk. [ Laskar Pelangi – Andrea Hirata ]
by zuril at 11:06 am

Saturday, July 19, 2008

SEKITAR SOLAT HAJAT




Syukur semuanya berjalan dengan lancar ... solat hajat dan bacaan yassin dilakukan dengan jayanya.

Thursday, July 17, 2008

PEJABAT BAHAGIAN SETIAWANGSA

Assalamulaikum,

Kepada Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat bahagian Setiawangsa dijemput Hadir di Pejabat Baru Kami untuk bersama-sama bersolat hajat & Bacaan Yasin selepas maghrib di Setiawangsa.

Tetamu VIP yang hadir : YB Puan Zuraidah (MP Ampang) & Lain-lain.

Kehadiran anda amat dihargai

Sekian Terima Kasih

Tarikh : 18 July 2008 Jumaat
Waktu : 8:00pm - 10:00pm
Alamat : No.22-2,2nd Flr,
Jln 8/55A, Tmn Setiawangsa,
54200 Hulu Klang.
(atas Kedai Johana) Berdekatan Restaurant Juma

Sunday, July 13, 2008

The Draft KL City Plan 2020


“Bagaimana Pelan Deraf Kuala Lumpur 2020 dan Kesannya Kepada Penduduk Kuala Lumpur”


Pelan Deraf Kuala Lumpur 2020 yang diiklankan oleh DBKL di merata tempat telah menimbulkan kontroversi dengan ramai penduduk di Kuala Lumpur.
Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk adalah:-· Isu pembangunan pesat yang tidak terkawal· Kehilangan kawasan-kawasan hijau di Kuala Lumpur· Penukaran kegunaan tanah Persekutuan kepada Komersil· Ketidaktelusan cara pelan telah dibuat· Pelan ini tidak membincangkan cara mengatasi masalah kesesakan dan pengangkutan awam dengan mendalam· Pelan terlalu susah difahami penduduk biasa mahupun para profesional· Kehilangan warisan Kuala Lumpur seperti Kampung Baru· Kurangnya perancangan untuk Kawasan-kawasan lapang, taman-taman permainan· DBKL mengambil keputusan-keputusan dalam pelan ‘ala’ diktator tanpa mengambil kira isu-isu yang telah dibangkitkan oleh penduduk· Pembangunan dalam pelan sudahpun bermula – ini bermakna pelan ini berfungsi hanya untuk mengesahkan keputusan-keputusan DBKL terdahulu yang dibantah para penduduk - bagaimanakah ia boleh dipanggil pelan DERAF jika bangunan-bangunannya sudah dibina?
Tahukah anda bahawa:-· Pelan Deraf ini hanyalah boleh dibaca jika dibeli daripada DBKL pada harga RM150. Ia tidak boleh didapati di mana-mana tempat lain seperti internet. - Ini akan menyebabkan kesukaran untuk ramai penduduk daripada mengetahui isi kandungan pelan tersebut.· Pelan Deraf Kuala Lumpur ini direka untuk menambah 600,000 lagi penduduk ke dalam Kuala Lumpur. DBKL berancang untuk membuat demikian dengan menambahkan densiti penduduk di kawasan-kawasan yang sudahpun sesak dan mampat· Kawasan-kawasan lapang dan Hijau akan berkurangan lagi mengikut Pelan.· Dasar Pembangunan Negara yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan menyatakan bahawa 2 hektar kawasan lapang/hijau perlulah ada untuk setiap 1000 penduduk. Tahap pada masa sekarang di Kuala Lumpur adalah hanya 0.38 hektar. Jumlah ini akan menjadi sekitar 0.20 hektar dengan Pelan ini.· Sistem Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur masih tidak boleh menampung jumlah pengguna yang masih ada ataupun tidak cukup baik. Janganlah difikirkan tambah dahulu penduduk baru sahaja bina infrastruktur.· Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan yang TIDAK diundi masuk sebagai pemimpin Kuala Lumpur mempunyai kuasa mutlak keatas apa-apa keputusan di hal pentabiran Kuala Lumpur dan cara wang bajet DBKL digunakan· Anda sebagai pembayar cukai kepada DBKL mempunyai hak-hak untuk mempengaruhi cara Bandar Kuala Lumpur membangun· Sebelum Pelan ini dibentangkan kepada orang ramai, DBKL mendakwa mereka sudahpun mengambil cadangan-cadangan orang ramai mengenai penukaran-penukaran tetapi sehingga kini, masih begitu ramai pihak yang mengadu dan menafikan apa-apa kebimbangan ataupun cadangan yang diberikan kepada DBKL telah dipertimbangkan ataupun telah di masukkan ke dalam Pelan Deraf yang sedia ada
- Kelab Golf persendirian dan tempat letak kereta awam/persendirian di anggap sebagai tempat lapang hijau untuk orang ramai! Ini adalah penipuan besar apabila DBKL menggunakan data ini untuk berkata Kuala Lumpur masih cukup kawasan hijau!
Persoalan yang timbul
Bagaimana DBKL boleh mengeluarkan sebuah pelan deraf yang melanggar begitu banyak undang-undang dan peraturan seperti:-
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 - Apa-apa Pelan Deraf Tempatan mestilah di buat mengikut Dasar Pembangunan Negara dan juga Pelan Struktur Kuala Lumpur
- Polisi CF3 dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur melarang sebarang penggunaan tanah persekutuan untuk kegunaan komersil. Ia mestilah untuk kegunaan orang ramai. Dalam Pelan Deraf, tanah persekutuan di tukar menjadi komersil
- Sec 12 (a) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 juga menyebut tentang keperluan untuk pre-consultation yang bermakna bersama penduduk-penduduk yang akan merasa kesan langsung apa-apa penukaran. Ini jelas tidak dilakukan
- Dasar Pembangunan Negara menyatakan tanah lapang hijau diperlukan untuk setiap 1000 penduduk patutlah 2 hektar. Tahap pada masa ini di Kuala Lumpur adalah sebanyak 0.38 hektar setiap 1000 penduduk. Ini akan menurun lagi kepada 0.20 hektar dan ini termasuk kelab-kelab golf, tanah terbiar, tempat letak kereta dan apa-apa tanah terbiar.
- Pelan Struktur yang dikeluarkan DBKL sendiri mengatakan tidak boleh dijalankan apa-apa pembangunan di kawasan bukit yang kecerunannya lebih 35%. (4.7.3) Ini juga dinyatakan dalam Dasar Pembangunan Negara. Ini jelas telah diabaikan dalam Pelan Deraf Kuala Lumpur. Kerajaan Selangor sudahpun melarang sebarang pembangunan di kawasan sebegini.
- DBKL semasa meluluskan Development Order bagi pembangunan yang ada di dalam Pelan Deraf, telah dibuktikan tidak mengikut peraturan-peraturan yang sepatutnya. DBKL sendiri mengabaikan peraturan-peraturan yang khusus untuk keselamatan bangunan-bangunan yang dibina.
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/6/24/central/21631427&sec=central
- Isu kepadatan penduduk di Kuala Lumpur - Dasar Pembangunan Negara menyatakan kepadatan penduduk / population density mestilah 25 orang pph. Pelan Deraf Kuala Lumpur akan meningkatkan lagi kepadatan penduduk. KL sudah pun sering sesak. Ini akan menyebabkan isu - overcrowding!
- Tanah-tanah yang sepatutnya dialokasi untuk sekolah, tempat beribadat, taman permainan telahpun hilang/ditukarkan menjadi tanah komersil atau perumahan
Bacalah sendiri keratan-keratan akhbar mengenai Pelan Deraf KL dan fahami isu-isu yang ada. DBKL adalah badan yang tidak dilantik oleh rakyat tetapi berkuasa untuk memutuskan kualiti kehidupan anda di Kuala Lumpur.
Walaupun sekarang adalah masa untuk penduduk ‘mengemukakan’ cadangan dan bantahan terhadap Pelan Deraf, Datuk Bandar sendiri sudah menyatakan cadangan tersebut langsung tidak perlu diambil kira dan Datuk Bandar mempunyai kuasa mutlak.

'Draf Plan Bandar Raya KL' - KAMPUNG BAHRU

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali berkata beliau berbangga dengan penduduk Kampung Baru yang berani untuk tampil memberi respon mengenai Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Kampung Baru) yang diadakan di Dewan Hamzah, Kampung Baru, dekat sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini pemilik dan pewaris tanah kampung tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk menentukan arah tuju pembangunan kampung mereka sendiri.
"Biarpun sebelum ini saya berasa agak kesal dengan apa yang berlaku kepada mereka kerana tidak ada yang menjuarai mereka tetapi hari ini majoriti mereka berani menyuarai hak mereka," katanya yang sebaik selesai beliau bersama majlis Taklimat dan Diolog Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Kampung Baru).

Dalam pada itu katanya, penduduk di situ yang mempunyai pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu bersatu.

Ini katanya, walaupun mereka di bawah Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk iaitu Malay Agricultural Settlement (MAS) yang bertindak sebagai pemegang amanah enakmen Kampung Baru masih tidak bersatu hati.

"Saya sebagai wakil rakyat yang baru tidak tahu apa yang berlaku sebelum ini kerana ia di luar kuasa saya tetapi jika mereka tidak bersepadu ini tidak betul malah MAS sendiri pun kena balik pada kuasa mereka yang asal," katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau akan perkasakan MAS supaya mereka tidak terkebelakang untuk membela penduduk kampung tersebut.

Menurutnya jika Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Kampung Baru) diluluskan maka MAS tidak berfungsi lagi.

"MAS perlu diperkasakan supaya menjadi nadi untuk apa saja jawatankuasa yang akan ditubuhkan demi pembangunan Kampung Baru.

"Jika mereka tidak mahu orang lain membangunnya mereka mesti membangun dan tidak boleh bercakap saja tanpa ada tindakan," katanya sambil berkata isu tersebut juga tidak harus dipolitikkan.

Ini katanya, beliau sendiri akan menjadi penyelarasnya bahkan beliau sendiri akan mengatur pertemuan penduduk dengan Menteri Besar Selangor untuk membincangkan masalah tanah mereka.

Ini katanya, menurut seorang peguam yang hadir di majlis tersebut, Ahmad Zamri Khusairi, Kampung Baru berada di bawah undang-undang enakmen seksyen 6, enakmen tanah 1867.
Enekemen tersebut katanya, sampai sekarang tidak pernah dimansuhkan.

Bagaimanapun katanya, apabila berlaku penubuhan Wilayah Persekutuan pada tahun 1974, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil alih di segi pentadbirannya.

Dalam pada itu kira-kira 200 penduduk hadir dalam taklimat tersebut yang mengambil masa hampir empat jam.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka menolak draf tersebut.

Saturday, July 12, 2008

PROTES - MINYAK NAIK

BILA MINYAK NAIK
KAMU KATA INI "MASALAH DUNIA"

BILA KAMI MEMBANGKANG
KAMU KATA "JANGAN CAKAP RETORIK"

BILA KAMI DEMONSTRASI
KAMU KATA "SAMSENG JALANAN"

BILA KAMI BISING
KAMU TAK TAKUT "ISA" KE?

BILA KAMI TULIS BLOG
KAMU KATA KAMI "GOBLOG"

Hmmmmmmm...
HABIS BUAT APA YEK?
JILAT ????

MINYAK NAIK , RAKYAT NAIK MINYAK

MINYAK NAIK KUASA BELI KITA SUSUT 40%

Apabila minyak di naikkan lebih 40%, Harga seliter petrol adalah RM2.70 seliter, Purata kenderaan kita adalah 1 liter 12 kilometer kereta kita boleh bawa. Untuk orang Kuala Lumpur satu hari purata perjalanan adalah 120 kilometer, Maklumlah pergi kerja, lepas tu hantar anak dan ambil anak dari child care, Pergi rumah orang tua, pergi pasaraya beli barang keperluan dan terutamanya traffic jam.

Maknanya 120 kilometer sehari kita memerlukan 10 liter petrol sehari, Maknanya kita terpaksa berbelanja RM 27 ringgit sehari untuk petrol sahaja, Darab dengan 31 hari, Sebulan kita kena belanjakan RM837 untuk petrol sahaja!

Kita tolak orang miskin yang berpendapatan rendah, Kita ambil orang Malaysia yang berpendapatan sederhana. RM 2000 sebulan ok tak? RM 2000 - 837= $1163 tinggal saje.

Boleh ke kita hidup dengan RM 1167? harga makanan naik. Kalau tak silap saya keow tiaw kerang dah naik 50 sen dah! Tu nak bayar rumah lagi, nak bayar installment kereta lagi? Maknanya rakyat perpendapatan sederhana sekarang dah jadi rakyat miskin.

Di Singapura tak ada subsidi minyak tapi walaupun minyak naik rakyat tak susah kerana taraf hidup dan pendapatan mereka ikut naik. Di sana tak ada kereta pun tak apa kerana pengankutan awam lagi senang daripada bawa kereta.

Tapi kebelakangan ini taraf hidup rakyat Malaysia tak berubah atau turun. Ekonomi meleset. Wajarlah Kerajaan kita yang prihatin tunggu pendapatan rakyat naik dahulu barulah minyak dinaikkan mengikut keupayaan rakyat.

Satu satunya cara majority rakyat yang tak mampu menangung kenaikan minyak sekarang ini ialah menggunakan kad kredit untuk menangung kenaikan tersebut. Akibatnya banyak rumah yang akan kena lelong, Banyak kereta yang akan kena lelong, Pasal apa? Pasal kena sue bangkrapsi oleh bank yang memberikan kemudahan kad kredit.

Monday, July 7, 2008

KITAR SEMUA


Wanita setiawangsa sedang menjalankan kempen kitar semula. Ini adalah aktiviti kami untuk menyelamatkan bumi yang sedang nazak. Kitar semula perlu untuk kita tidak membazir dan berjimat dengan segala kos yang ada. Wanita setiawangsa juga mengalakkan agar semua warga setiawangsa mengamalkan hidup dengan cara kitar semula. Ianya mudah hanya perlu mengubah cara hidup kita ... itu saja semuda A B dan C

Friday, July 4, 2008

PROTES SEJUTA RAKYAT



PROTES SEJUTA RAKYAT turun
10.00 pg-12.00 mlm
STADIUM KELANA JAYA

Thursday, July 3, 2008

ISU HANGAT DIHUJUNG MINGGU


Petang sabtu yang damai dan tenteram ketika bersama sanak saudara duduk minum teh dan mertabak panas telah terganggu dan tersentak dengan sms-sms yang datang bertubi tubi. sudah diketahui umumu kalau di malaysia ini, sms dan internat lebih boleh dipercayai daripada news di kaca tv ataupun disurat khbar. Semuanya melapurkan tentang satu lagi tuduhan 'liwat' terhadap Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Terus emosi saya terganggu dan tersentak dengan lapuran yang diterima. SMS yang diterima tidak diforwarkan, hati menjadi berdebar debar tidak tahu sama ada berita itu benar atau pun palsu. Ketika kini kita perlu berhati hati ramai pihak yang cuma mengambil kesempatan dengan suasana politik dan ekomoni yang tidak menentu.

Jam 12 mlm, dikaca tv sudah mula mengeluarkan berita mengenai adanya laporan polis dibuat seorang pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar. Ahhhh bagaimana cerita lama diulang tayang, sudah ketandusan idea namanya ini. Bodoh bukan tetapi malas lebih tepat.

Membalas kembali sms yang diterima ... disuruh bersabar dan berdoa agar tiada malapetaka akan berlaku dan sebagai rakyat maheran kita perlu meneruskan kehidupan. Rakyat perlu bijak jangan terlalu berpolitik sehingga dapur tidak berasap.

Dan ramai yang melapurkan dari masa kesemasa dan syukur kepada allah tidak perkara yang tidak diingini berlaku. Anwar ketika itu sudah selamat dikedutaan Turki... hahahaha entah entah Anwar dok meraikan kemenangan Turki terhadap Jerman kita dok bercakaran.

Isnin dipejabat, ramai lah yang mula membualkan perihal dakwaan liwat, siapa lelaki yang bertuah itu sementara itu penulis tak henti dihujani dengan pertanyaan mengenai isu Anwar.

Penulis membayangkan, isu membabitkan Anwar kali ini lebih merumitkan kerana ia berlaku tatkala suasana negara berkecamuk dengan politik caca merba.

Perang dalaman Umno belum reda, perang antara Pakatan Rakyat dengan BN belum mencapai 'climaks'; perang dalaman parti-parti di Sabah dengan BN belum mencapai jalan damai; sementara isu perakuan Raja Petra Kamarauddin dalam kes Altantuya Shaariibuu memeningkan kelompok yang dikaitkan;

Masalah 'tidur' dan 'lena' Abdullah; masalah kenaikan harga minyak; isu gaji minimum, Pulau Batu Putih yang berputih mata; isu rasuah dan sebagainya yang semuanya memeningkan kepala setiap insan di Malaysia ini.

Malangnya rakyat dihidangkan sekali lagi dengan dakwaan yang disifatkan Anwar sebagai satu rekaan semata-mata.

Apa yang terbayang di kotak pemikiran penulis, apakah tragedi 1998 yang mana himpunan jalanan bakal berlaku sekali lagi dan episod kali ini ditambah dengan rencah kemarahan rakyat terhadap dasar 'kerajaan tiga beranak'.

Namun detik itu masih belum berlaku hingga kini, Anwar sendiri yang bimbang dengan keselamatannya keluar juga akhirnya dari persembunyiannya di Kedutaan Turki untuk membuat laporan polis serta saman terhadap pihak yang menuduhnya meliwat.

Satu perkara yang cukup disebut umum, apakah akan berlaku tangkapan terhadap Anwar jika hasil siasatan (walau dalam apa keadaan sekalipun) kelak nanti didedahkan, atau pun isu ini akan habis dengan Saiful Bukhari menarik kembali laporan yang dibuatnya itu.

Sama-sama kita nantikan....

Isu kerjasama PAS dan Umno

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sat | Jun 28, 08 | 11:02:27 am MYT


Setelah kita mengeluarkan kenyataan rasmi atas isu fitnah kerjasama kepimpinan PAS dan Umno pada dua minggu yang lalu, mutakhir ini kita menyaksikan media arus perdana dan juga media internet sekali lagi memainkan isu ini sekaligus menimbulkan kecurigaan dan kebimbangan kepada umum khususunya kepada ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat atas isu yang sama.

PAS cukup sedar usaha-usaha ini telah mencetuskan kegelisahan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

PAS amat sedar mengapa Umno/BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi.

PAS dengan ini menegaskan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang rundingan kerjasama dengan Umno/BN.

Sebarang tuduhan kerjasama atau cadangan itu adalah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi PAS yang sedar bahawa kemenangan yang diperolehi dari Pilihanraya Umum baru-baru ini adalah harapan seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.

PAS juga menegaskan bahawa kita adalah komited untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan memperkasa lima buah negeri di bawah Pakatan Rakyat.

PAS akan bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menggerakkan inisiatif politik bagi terus membela kehidupan dan kepentingan rakyat yang kian ditindas dan terbeban oleh polisi-polisi kerajaan Umno/BN.

Sehubungan dengan ini PAS bersama Pakatan Rakyat akan menggembling usaha-usaha politik dengan semua pihak untuk membawa perubahan dan peralihan kuasa kepimpinan negara.

Sebarang usaha daripada mana-mana pihak untuk mengemukakan usul undi tidak percaya akan kami rumuskan bersama dalam Pakatan Rakyat bagi menjayakan hasrat dan harapan rakyat.

Oleh itu PAS mengalu-alukan sokongan semua ahli-ahli parlimen Malaysia untuk bersama-sama merealisasikan usaha Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan negara serta rakyat daripada terus dihimpit oleh kesempitan hidup akibat dari polisi kepimpinan negara yang tempang dan tidak bertanggungjawab