| | |
| Petang sabtu yang damai dan tenteram ketika bersama sanak saudara duduk minum teh dan mertabak panas telah terganggu dan tersentak dengan sms-sms yang datang bertubi tubi. sudah diketahui umumu kalau di malaysia ini, sms dan internat lebih boleh dipercayai daripada news di kaca tv ataupun disurat khbar. Semuanya melapurkan tentang satu lagi tuduhan 'liwat' terhadap Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Terus emosi saya terganggu dan tersentak dengan lapuran yang diterima. SMS yang diterima tidak diforwarkan, hati menjadi berdebar debar tidak tahu sama ada berita itu benar atau pun palsu. Ketika kini kita perlu berhati hati ramai pihak yang cuma mengambil kesempatan dengan suasana politik dan ekomoni yang tidak menentu. Jam 12 mlm, dikaca tv sudah mula mengeluarkan berita mengenai adanya laporan polis dibuat seorang pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar. Ahhhh bagaimana cerita lama diulang tayang, sudah ketandusan idea namanya ini. Bodoh bukan tetapi malas lebih tepat. Membalas kembali sms yang diterima ... disuruh bersabar dan berdoa agar tiada malapetaka akan berlaku dan sebagai rakyat maheran kita perlu meneruskan kehidupan. Rakyat perlu bijak jangan terlalu berpolitik sehingga dapur tidak berasap. Dan ramai yang melapurkan dari masa kesemasa dan syukur kepada allah tidak perkara yang tidak diingini berlaku. Anwar ketika itu sudah selamat dikedutaan Turki... hahahaha entah entah Anwar dok meraikan kemenangan Turki terhadap Jerman kita dok bercakaran. Penulis membayangkan, isu membabitkan Anwar kali ini lebih merumitkan kerana ia berlaku tatkala suasana negara berkecamuk dengan politik caca merba. Perang dalaman Umno belum reda, perang antara Pakatan Rakyat dengan BN belum mencapai 'climaks'; perang dalaman parti-parti di Sabah dengan BN belum mencapai jalan damai; sementara isu perakuan Raja Petra Kamarauddin dalam kes Altantuya Shaariibuu memeningkan kelompok yang dikaitkan; Masalah 'tidur' dan 'lena' Abdullah; masalah kenaikan harga minyak; isu gaji minimum, Pulau Batu Putih yang berputih mata; isu rasuah dan sebagainya yang semuanya memeningkan kepala setiap insan di Malaysia ini. Malangnya rakyat dihidangkan sekali lagi dengan dakwaan yang disifatkan Anwar sebagai satu rekaan semata-mata. Apa yang terbayang di kotak pemikiran penulis, apakah tragedi 1998 yang mana himpunan jalanan bakal berlaku sekali lagi dan episod kali ini ditambah dengan rencah kemarahan rakyat terhadap dasar 'kerajaan tiga beranak'. Namun detik itu masih belum berlaku hingga kini, Anwar sendiri yang bimbang dengan keselamatannya keluar juga akhirnya dari persembunyiannya di Kedutaan Turki untuk membuat laporan polis serta saman terhadap pihak yang menuduhnya meliwat. Satu perkara yang cukup disebut umum, apakah akan berlaku tangkapan terhadap Anwar jika hasil siasatan (walau dalam apa keadaan sekalipun) kelak nanti didedahkan, atau pun isu ini akan habis dengan Saiful Bukhari menarik kembali laporan yang dibuatnya itu. Sama-sama kita nantikan.... |
Thursday, July 3, 2008
ISU HANGAT DIHUJUNG MINGGU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment