Monday, August 4, 2008

PADANG REGAS

Meriah itu yang dapat diungkapkan saya semasa turut mengiringi Puan Zuraida dan Datuk Seri Wan Azizah yang lebih selesa di panggil Kak Wan. Penyokong memberikan sokongan yang begitu padu semasa majlis di adakan. Menurut Ketua Bahagian Padang Rengas Ahli Jawatankuasa telah menyiapkan persiapan majlis dari petang semalam dan ia diadakan secara gotong royong. Memang tidak di jangkakan yang sambutan dari warga Kuala Kangsar khususnya Padang Rengas begitu meriah kerana persiapan dan semuanya di lakukan pada saat-saat akhir.

Di dalam siri jelajah ini Kak Wan ( Presiden PKR ) bersama Kak Zu ( Ketua Wanita ) telah merasmikan Pejabat Wanita Bahagian Padang Rengas. Di dalam program ini juga sedikit sumbangan dari WIRDA ( Pusat Penyelidikan serta Pembangunan Wanita ) memberi sedikit sumbangan keperluan untuk meringankan beban yang ditanggung masyarakat luar bandar. Kita tidak seharusnya melupakan masyarakat diluar bandar seolah-olah wujud jurang sperti ada tembok antara masyarakat bandar dan luar bandar. Sudahlah duduk di pinggir bandar di pinggirkan pula.

Kita harus bersikap adil dan bukan hanya menumpukan terhadap suatu tempat sahaja seolah-olah masyarakat luar tidak begitu penting terhadap kerajaan. Ingin mereka juga banyak sumbangan kepada negara. Industri luar bandar namun Infrastruktur tidak lengkap dan kemudahan kurang membantutkan usaha mereka. Masyarakat luar diabaikan kepentingan mereka. Kerana mereka yakin masyarakat luar tidak berani serta tidak pandai bersuara. Namun saya tidak akan membiarkan ini terus berlaku saya akan memperjuangkan hak kita sebagai rakyat tak kira di mana atau apa sekalipun latar belakang kita. Tegas Puan Zuraida.
Katanya lagi sebagai kerajaan kita tidak seharusnya perlu mengira parti. Itu tanggung jawab kerajaan. Seolah-olah berada di dua negara yang berbeza. Tidak boleh kah subsidi yang di katakan kerajaan dibelanjakan sedikit untuk mereka ini ? Bukan hanya pandai membuat pelaburan ( Insentif ) yang kebanyakkannya rugi untuk anak-anak syarikat mereka. Kata Kak Zu sejurus menyampaikan bantuan bagi meringankan beban kepada anak yatim, ibu tunggal, warga emas, warga kurang upaya serta orang asli.

Jelajah ini adalah cara untuk menerangkan kepada rakyat yang telah di kelirukan oleh media yang sering memutarbelitkan berita dan isu ( Utusan, Tv1, Tv2, Tv3 ). Tidak bersikap keterbukaan tiada ketelusan di dalam penerbitan. Dikawal disekat kebebasan kerana mereka akur dengan kekuasaan kerajaan. Mana suara-suara yang melaungkan Malaysia negara berdemokrasi yang di banga-bangakan di luar negara ?


Menurut ucapan Kak Wan Malaysia seolah-olah ingin mengulangi sejarah. Sejarah kesultanan melayu zaman dahalu. Contohnya sejara kes Singapura dilangar todak. Individu yang bijak menangani masalah tersebut telah di bunuh atas sebab takut individu terbabit mengancam institusi kerajaan. Begitu juga lah kes Anwar menurut ucapan kak Wan. Anwar ingin di jatuhkan, di kecam untuk di bunuh semata-mata untuk mempertahankan kuasa pentadbiran kerajaan.

Kak wan juga mengupas isu mengenai sabri chik ( Menteri Penerangan ) hanya gah pada pangkat menjawab persoalan sewaktu berdebat seolah-olah serangan peribadi semata-mata. Tidak banyak mengaitkan fakta serta jawapan penyelesaian terhadap isu kenaikan minyak dan cara mengatasinya. Kerajaan seolah-lah tiada inisiatif untuk menangani masalah tersebut. Jika ini lah yang di katakan sebahagian keluarga besar Institusi Pengajian tinggi maka hancurlah institusi pendidikan negara ini. Patutlah kualiti Siswa serta Siswi kita semakin merosot dan tahap Instutusi Pendidikan kita di tahap yang rendah.

Kak Wan juga mempersoalkan belanjawan tambahan 1 yang diluluskan atas alasan untuk meringankan beban rakyat. Jika benar lah untuk meringankan beban rakyat tidak boleh ka ambil sikit untuk menampung kos kenaikan harga minyak. kata nak bantu rakyat. Nak bagi subsidi. Buat apa nak buat dua tiga kalai kerja ? Bagi subsidi minyak. Kalau bagi subsidi wang rebet sekalipun boleh ka nak turunkan beban rakyat dengan kenaikan harga barang ? Kata kerajaan kita sudah ada subsidi untuk rakyat. Tak nampak pun ? Duit renew road tax di pejabat pos ka ? Habis macam mana kalau depa yang tak da kenderaan ?

Dalam ucapan tersebut beliau juga ada mengupas sikit mengenai isu Anwar. Beliau dengan muka yang tenang dan sentiasa senyum untuk tidak mengecewakan rakyat menjawab beliau amat kecewa dengan sikap pihak polois yang tidak adil dalam melaksanakan tugas serta tida profesional serta kuat menipu. Belia berkata pegawai tersebut berjanji akan melepaskan Anwar sebelum malam namun bil sudah menjelang malam Di katakan pula hanya keberangkalian. Sewaktu Kak Wan ingin melawat suaminya Kak Wan seolah-olah di layan seperti penjenayah. saya bukan bawa apa pun cuma berus gigi, ubat gigi dan beberapa helai selimut sebab mereka suruh Anwar tidur di dalam lokap[ beralaskan simen dan beliau mengadu kepada Kak Wan beliau sakit pinggan dan meminta untuk di bawakan selimut. Kak wan juga membawa beberapa helai kain pelekat untuk memudahkan Anwar untuk solat kerana khuatir pakaiannya kotor. Namun tidak di beri pihak polis.

Beliau juga ada menceritakan sewaktu sebelum Anwar di tangkap Kak Wan ada di Parlimen untuk mengadiri persidangan dengan lantang bersuara Y.B Khairi Jamaluddin M.P Rembau mempertikaikan perdebatan serta jawapan mengenai debat ” Hari ini bentuk kerajaan, esok turun minyak” Khairi mempertikaikan ulasan Anwar dan kata beliau jika berani masuk lah kes Saiful bagi darah. Kak Wan terkejut seolah-olah Khairi telah membaca laporan itu. Macam mana Khairi boleh tahu sedangakan pihak polis tidak mengeluarkan laporan tersebut. Dakwa pihak polis laporan itu sulit. Namun peguam Anwar S.Sivarasa tidak berpuas hati dan ingin pihak polis untuk membacakan laporan tersebut namun Polis tersebut menajawab ” Nanti saya tanya kepada pihak atasan.” Ini menunjukkan bahawa kes ini tidak di adili dengan prosedur yang sewajarnya dan membabitkan campur tangan politik. Bagaiman saya dan Anwar mahu percaya kepada mereka dan memberikan DNA kepadanya. Cukuplah sekali Penderitaan serta kekejaman yang dilakukan terhadap Anwar atas perbuatan fitnah orang lain


dipetik : http://www.suarakeadilan.com/sk/dari-blog-pemimpin/2008/07/1184

No comments: